Pages

Tuesday, 29 April 2014

Sambal udang dan petai

Assalammualaikum..hari ni mak ajak keluar pergi cari baju raya dekat bandar tanjung malim..Mak kate lambt2 susah nnti..so ikutkan jela..hehe.. Mak kate hari ni die nak makan sambal udang campur petai. So after balik dari Tg Malim tadi terus singgah pasar basah beli bahan2 nk buat sambal udang dan petai. Jom layan resepi sambal udang dan petai yg ringkas dan sedap ni..hehe..


Bahan- bahan:
1 ikat petai ( Ambil isinya)
15 ekor udang sederhana besar
1 Mangkuk kecil cili kering *
3 biji bawang kecil *
1 biji bawang putih *
1 biji bawang besar (potong bulat)
Air asam jawa + sedikit belacan
1/2 cawan air
Garam
1 sudu kecil gula





Cara-cara:
1. Bersihkan udang dan ambil isi petai. Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda * hingga lumat.
3. Bancuh air asam jawa bersama sedikit belacan. Ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga naik minyak.


 5. Setelah naik minyak, masukkan isi petai yang telah dibersihkan. Kacau sebati.




 6. Setelah itu masukkan air asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit belacan tadi. Masukkan pula garam dan gula. Kacau rata sehingga sebati.




 7. Setelah dikacau beberapa ketika, masukkan pula udang yang telah dibersihkan.



8. Kacau sehingga udang kecut dan kekuningan. Biarkan seketika sehingga agak kering.



9. Kemudian tambahkan sedikit air dan bawang besar. Kacau sebati dan biarkan sehingga ia naik minyak semula. Rasa dan tambah apa yang perlu.



10. Setelah masak boleh lah diangkat dan dinikmati.




Sunday, 27 April 2014

Gulai tempoyak ikan keli



Bahan- Bahan :

2 ekor ikan keli ( ptg 3)
1 batang serai (dititik)
5 Biji cili padi *
1 Biji cili besar (Cili hijau) tapi nina guna cili besar merah *
3 sudu penuh tempoyak manis
3 asam keping
4 gelas air
Garam
Ajinamoto
3 Biji Bawang merah( nina xguna)*
1 ulas Bawang putih (nina xguna)*


Cara-cara:

1. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan 4 gelas air, tempoyak, asam keping dan serai. Didihkan di atas api.
3. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan perasakan.
5. Jika menggunakan tempoyak yang masam perlu ditambah gula sedikit dan tidak memerlukan asam keping.
6. Tunggu hingga ikan masak. Angkat dan hidangkan.


*TIPS

Kalau tempoyak manis perlu menambahkan asam keping tetapi kalau tempoyak masam tidak perlu gunakan asam keping dan perlu ditambah sedikit gula.

Friday, 25 April 2014

Donut Gebu


Okay seperti yang dijanjikan beberapa hari yang lepas, hari ni nina akan update n share resepi donut gebu yang nina dah buat. Jom tengok..

Bahan- bahan:

4 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku (jgn terlalu panas nanti adunan tak mengembang dengan cantik)
6 sudu besar gula (boleh kurangkan)
3 Sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar mentega
1 paket yis jenama mauripan (11 gram)
1 biji telur

Cara-cara:

1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Kemudian satukan susu dan gula didalam air suam dan kacau sehingga larut.
3. Masukkan yis.. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit. Proses ni untuk mengembangkan yis td.
4. Pukul telur dan campurkan dengan mentega tadi.
5. Selepas 10 minit, yis akan berbuih dan masukkan mentega yang dicampur telur td.
6. Masukkan  semua campuran tadi kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
7. Kacau sehingga adunan sebati. Kemudian ulikan campuran tadi sehingga menjadi doh.
8. Ambil sedikit doh, bulatkan dan buat bentuk donut.
9. Buat bulatan ditengah2. Buat sehingga habis.
10. Letakkan doh yang telah dibentuk tadi ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Ini untuk mengelakkan doh melekat di atas dulang.
11. Biarkan beberapa minit sehingga doh naik dengan cantik.
12. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api yang sederhana kecil.
13. Akhir sekali angkat dan taburkan dengan gula icing.


* Jika tiada gula icing boleh gunakan gula pasir yang diblender halus.
*Boleh juga menggunakan teknik sira. Tapi lebih sedap taburkan gula ..huhu


Inilah hasilnya.... tadaaaaa... :-)



Thursday, 24 April 2014

Ayam Masak Lemak


Nampak ta tarikh kat gambar tu,,huhu ..lame dah kan..sekarang baru nk update. Tak pela..Just nak share resepi turun temurun je kat sini. Supaya semua orang dapat memasak dengan lebih baik. Insyaallah..

Jom layan.............................

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 biji kelapa (santan)
10 tangkai cili padi *
1 cm kunyit hidup *
2 ulas bawang merah (xnk guna pun tak pe) *
1 cm halia*
1 batang serai (dititik)
2 biji tomato (belah 2)
2 biji kentang (poyong 4)
1 keping asam gelugur
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara- cara :

1. Potong ayam dan bersihkan. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan semua bahan tersebut ke dalam periuk bersama dengan ayam, serai dan sedikit air.
3. Masak sehingga air agak kering.
4. Kemudian masukkan santan yang telah diperah ke dalam periuk tadi.
5. Masukkan kentang dan kacau sebati.
6. Masukkan asam, garam dan sedikit gula. Kacau sebati.
7. Kacau gulai sentiasa supaya lemak santan tidak pecah.
8. Setelah mendidih, masukkan tomato dan kacau sebentar.
9. Tutup api dan angkat.

*TIPS
-Untuk masak lemak yang sedap, gulai hendaklah dikacau sentiasa supaya lemak santan tidak pecah.


Sambal telur

nursyamsinarkhairol.blogspot.com

Sambal telur ni sebenarnya dah lama buat tapi tak ter-update ... hari ni baru ada mase nk update pasal makanan. Jom layan resepi macam mana saya buat sambal telur yang sedap ni..huhu.. * masuk trolly tolak sendiri.


Bahan-bahan:

1 mangkuk kecil cili kering *
3 ulas bawang kecil *
1 biji bawang merah *
1 ulas bawang putih *
Sedikit ikan bilis *
5 biji telur (rebus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar air asam jawa
Garam
Gula


Cara-cara:

1. Rebus telur ayam hingga masak. Angkat dan sejukkan.
2. Buang kulit telur dan belah 2. Ketepikan.
3. Kisar semua bahan yang bertanda *.
4. Tuangkan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak dan garing. Tumis menggunakan api yang perlahan.
5. Masukkan garam, gula, sos cili dan air asam jawa. Kacau sebati.
6. Pastikan sambal tidak masam untuk mengelakkan rasa sambal yg tidak sedap.
7. Gaul sebati kemudian masukkan telur dan gaul rata.
8 Angkat dan hidangan sedia untuk dinikmati.

Mee hailam


Musim- musim hujan dan sejuk kebelakangan ni membuatkan tekak ni teringin nak makan makan makanan panas yang berkuah..Jadi ap lagi terus pergi pasar beli bahan-bahan.. Tapi sebelum tu nk minta kebenaran dari tuan2 punya gambar ye.. ade gambar bahan- bahan untuk masak mee hailam ni yang diambil daripada internet .. Ta sempat nak snap sendiri..huhu..Jom layan resepi mee hailam yang simple daripada nina k.


Bahan-bahan:


10 ketul ayam atau daging(bahagian isi)
10 ekor udang segar
3 biji bawang merah(ketuk)
3 biji bawang putih (ketuk)
15 tangkai cili kering *
2 paket mee kuning
1 biji carrot
1 paket baby corn
1 ikat sawi
1/2 biji kubis
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
5 susu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Kicap secukupnya
4 gelas air
Garam
Gula
Ajinamoto
Limau kasturi


Cara-cara:

1. Rebus ayam atau daging bersama 4 gelas air. Biarkan hingga ayam empuk.
2. Kisarkan bahan bertanda *. Ketepikan.
3. Potong nipis carrot, baby corn, sawi, kubis, daun sup dan daun bawang. Ketepikan.
4. Pada masa yang sama, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk. Tumis hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga garing dan naik minyak.
6. Setelah itu masukkan udang dan ayam bersama air rebusannya ke dalam kuali tadi. Kacau sebati.
7. Perasakan dengan garam, ajinamoto dan sedikit gula. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.



8. Masukkan semua sayur kecuali sawi, daun sup dan daun bawang.
9. Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih.
10. Setelah mendidih masukkan sawi dan kicap sehingga agak kehitaman.
11. Kacau sekejap dan rasa. Jika tidak cukup rasa tambahkan apa yang patut.
12. Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong tadi.
13. Keluarkan mee dari bungkusan. Basuh dan toskan.
14. Celur mee hingga lembut. Angkat dan toskan.
15. Hidangan sedia untuk dinikmati.

* Bahan sampingan
- Untuk lebih sedap perahkan sedikit limau kasturi dan taburkan sedikit bawang goreng.


Sambal sotong


Sutun...sutun...hehe..sape yg tak suka makan sotong ye dak.. kome- kome kat luor sane mesti suka jugak kan. haha.. Dekat rumah ni memang apa - apa saje yang dibuat sambal mmg suka..makanan-makanan yang pedas mmg dekat di hati..huhu.. orang kata kalau xde cili ni makan xselera.. Jadi saya nak kongsikan resepi sambal sotong yang amat senang ni..

Bahan- bahan :

1/2 kg sotong fresh
1 mangkuk kecil cili kering *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
2 sudu besar sos cili
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula

Cara- cara:

1. Cuci sotong dan toskan air sebab sotong berair takut nnti sambal jadi banyak air.
2. Kemudiakan Kisarkan bahan yang bertanda * hingga lumat.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing.
4. Masukkan garam, gula, dan air asam jawa. Kacau hingga sebati.
5. Setelah itu masukkan sotong.
6.Masukkan sedikit air dan kacau sebati.
7. Biarkan sehingga kering dan cili kembali naik minyak.
8. Angkat dan hidangkan.

Sambal tumis tempoyak

Mari layan lauk favorite saya sejak dari kecik iaitu sambal tumis tempoyak. Ape makanan yang melibatkan tempoyak mmg menjadi kesukaan. Tempoyak boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang buat sambal tempoyak kuning + petai.. Tapi ini jugak tetap menjadi pujaan hati dan tekak.. Gambar ni diambil time baru je sampai ke Uitm kedah setelah lama cuti semester..haha.. memang kawan-kawan pun gila-gila makan sambal ni saja dengan nasi panas..Nyum...nyum...hehe..jom layan resepi dibawah ni.

Bahan- bahan:

1 mangkuk kecil cili kering (buang biji) *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
4sudu besar tempoyak yang sedikit masam
Ikan bilis secukupnya
Gula
Garam
6 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan kuali dan tuangkan minyak.
4. Masukkan bahan- bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga cili garing.
5. Pastikan cili betul- betul garing dengan menggunakan api yg perlahan.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cili betul-betul masak dan berwarna merah kehitaman, masukkan tempoyak dan kacau sebati.
8. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan kacau sebati.
9. Kuatkan api dan biarkan sekejap.
10. Angkat dan boleh dihidangkan.


Kangung Goreng Belacan

Ini semalam punya cerita.. huhu.. dah lama tak makan kangkung. So semalam cari kangkung , al maklumlah dekat kg  ni kangkung merata..senang kalau nk makan.. so setelah jumpa kangkung apa lagi,, kutip..then terjadilah kangkung goreng belacan. Ni nak share sikit cara masak kangkung goreng belacan yg simple..Setiap org ade cara yang berbeza bila memasak., Ape pun jom layan resepi dari saya.

Bahan-bahan:

1 ikat kangkung
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
Belacan *
5 biji cili padi *
segenggam ikan bilis @ sedikit udang kering *
1 biji cili merah ( hiris halus)
Sedikit air
Garam

Cara- cara:

1. Bersihkan kangkung. Potong dan rendamkan dalam air.
2.Basuh sehingga bersih sehingga semua pasir hilang. Toskan.
3.Tumbuk bahan- bahan yang bertanda * hingga agak lumat.
4.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan- bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Perasakan dengan garam.
5.Masukkan kangkung berserta sedikit air.
6.Goreng hingga kangkung agak layu dan masukkan cili merah yang telah dipotong tadi.
7.Kacau rata dan angkat.

*Bagi sesiapa yang suka berkuah boleh tambahkan air lebih banyak.


Ayam masak kicap berlada


Okay, ayam masak kicap berlada ni adalah resepi daripada arwah tok ayah saya. Dia ajar saya masak menu ni sejak dari saya sekolah menengah. Menu ni selalu di masak ketika kenduri di kg halaman saya di Felda Bukit Kepayang Triang Pahang ketika ada kenduri di masjid.  Lauk ini amat kena dengan keluarga kami dan kami semua menyukainya. Ni saya kongsikan dengan anda semua resepinya.

Bahan- bahan yang perlu ada ialah :

1 ekor ayam (di potong 16)
3 biji kentang (potong dadu)
Segenggam cili kering *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 cm halia *
2 batang serai (dititik)
1 biji cili merah (belah 2)
2 biji cili api (diketuk)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Kicap manis secukupnya
2 sudu sos cili
2 sudu besar gula
Garam
1 cawan air

 Cara-cara:

1. Kisar bahan- bahan bertanda * hingga lumat. Ketepikan.
2. Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
 


3. Kemudian, gorengkan kentang yang telah dipotong dadu hingga garing. Angkat dan ketepikan.

4. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan- bahan yang telah dikisar tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serai.
5. Tumis sehingga bahan kisar tadi benar-benar garing dan naik minyak.
6. Masukkan air dan ayam. Gaul rata.


7. Masak sehingga mendidih dan agak kering.
8. Kemudian masukkan garam, sos cili dan sedikit gula. Seimbangkan rasa.





9. Setelah kuah pekat dan masak, masukkan kentang yang telah digoreng tadi bersama cili besar dan cili padi. Hiris 1 biji bawang besar secara bulat-bulat dan tabur ke atas masakan.Gaul sebati. Setelah beberapa minit angkat.

10. Hidangan sedia untuk dinikmati.


                               Inilah hasilnya.. sedap makan dengan nasi panas.










Kari Ayam Emak



hEllo..Hari ni menu utama ialah kari ayam emak..kenapa ada emak..sbb resepi ni turun temurun dari emak..hehe.. untuk pengetahuan, untuk menghasilkan kari ayam yg sedap cara memasak rempah nya adalah penting. Rempah yang ditumis haruslah ditumis sehingga naik minyak dan betul2 garing.. Okay lah, di bawah adalah resepi kari ayam yang ingin dikongsi dengan anda semua..

 Ini ialah bahan- bahan yang diperlukan untuk memasak kari ayam:-

Bahan yang perlu ada ialah seperti dibawah:

1 ekor ayam
1 biji kelapa (santan)
1 paket kecil serbuk kari ayam
1 sudu kecil serbuk kari ikan
4 ulas bawang kecil (hiris nipis)
1 ulas bawang besar (hiris nipis)
1 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 cm halia (hiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
4 biji kentang (Belah 4)
1 biji tomato (Belah 2)
Sedikit asam keping

Cara-cara:

1. Pertama sekali sediakan bahan- bahan seperti dibawah. Hiris nipis bawang merah,  bawang besar, bawang putih dan halia. Untuk rempah pula, tuangkan rempah kari ayam kedalam mangkuk, campurkan dengan 1 sudu kecil rempah kari ikan. Kacau sebati dan campurkan dengan sedikit air untuk jadi seperti gambar dibawah. Perah kelapa untuk mendapatkan santannya. Seeloknya jangan terlalu cair. Potong kentang kepada 4 bahagian dan tomato 2 bahangian.





2. Kemudian, tuangkan sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan.



3. Setelah itu, masukkan rempah kari yang telah dicampur air tadi dan tumis sehingga garing dan naik minyak. Bagi sesiapa yang suka pedas, boleh tambahkan sedikit cili kisar.




Macam ni lah rupa bila dah garing rempah tu.. Make sure betul- betul garing kalau tidak nanti rasa kari tak sedap.


4. Setelah rempah garing, boleh la masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan ayam tu sebentar untuk proses pengecutan daging. Dengan cara ini proses memasak kari akan jadi lebih cepat dan rasa nya lagi sedap.


               Gaulkan sebati supaya rempah akan menyerap kedalam daging ayam.



 5. Setelah itu, masukkan santan dan kemudian di ikuti dengan kentang dan kacau hingga sebati.






 6. Perasakan dengan garam dan masukkan sedikit asam keping. Bagi sesiapa yang tak nak menggunakan asam pun tak pe.. Masukkan secubit gula untuk penambah rasa.
Akhir sekali setelah ayam dan kentang empuk dan juga mengelegak, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.


                             Dan inilah hasilnya.. Taa daaaaa.. Kari ayam emak.





Wednesday, 23 April 2014

Asam Pedas Ikan


Musim- musim hujan ni sedap la kalau makan bende yg masam2 atau pedas kan.. entry kali ni pasal asam pedas ikan. Asam pedas akan jadi sedap kalau kita gunakan ikan yg fresh sbb rasa manisnya yg semulajadi. Kalau ikan yg dah lama, masak la macam mana pun mesti xsedap. Saya hanya guna ikan selar sbb ikan lain xde..huhu..seeloknya ikan parang, ikan merah atau ikan pari. Lagi superb,, Okay mari lihat resepi asam pedas saya yg turun temurun dari keluarga. :-)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan parang sederhana besar ( ptg kpd 5 bahagian)
10 tangkai cili kering *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
Sedikit belacan *
1 cm kunyit hidup *
1 batang serai (dititik)
2 batang bunga kantan
1 biji tomato(belah 4)
Sedikit minyak
2 Cawan air
Garam
Asam keping atau Asam jawa secukupnya
Daun kesum secukupnya

Cara-cara:

1. Potong ikan kepada 5 bahagian dan bersihkan.
2.Tumbuk atau kisar bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan kuali & masukkan sedikit minyak untuk menumis.
4. Masukkan bahan- bahan yang telah di tumbuk atau diblender ke dalam kuali.
5.Tumis sehingga naik minyak dan cili garing.
6. Masukkan air, serai, bunga kantan dan asam keping.
7. Biarkan sehingga mendidih.
8. Masukkan ikan dan daun kesum.
9. Perasakan dengan garam secukupnya.
10.Kacau sebati dan masukkan tomato. Biarkan sehingga masak.
11. Angkat dan hidangan sedia untuk dinikmati.

*TIPS
  Pastikan bahan-bahan yang ditumis betul-betul garing supaya asam pedas menjadi lebih
  sedap.