Pages

Thursday, 7 November 2013

NASI TUMIS (NASI LEMAK TANPA SANTAN)


Assalammualaikum and salam pagi jumaat yang indah ni..huuhu.. pagi td untuk sarapan pagi, nina buat nasi tumis.. Nasi tumis ni kira nasi lemak la jugak cuma x menggunakan santan.. Meh tengok nasi tumis ni ha.. nampak sedap kan..huhu





Lepas subuh tadi memang ta tido dah terus gi dapur cari bahan-bahan nak buat nasi tumis..memandangkan sambal tumis ikan bilis dah ada kan..so senang la sikit keje..
Ni pulak gambar time mak sedara nk bawak bekal gi keje..hehe..siap tapau kot. 



memang every morning masakkan untuk die..kesian penat keje..ok lah tak mau bnyak cakap lagi..nina nk share resepi nasi tumis yang sangat simple and senang giler nak buat.



Nasi tumis (Nasi lemak tanpa santan)

Bahan-bahan untuk Nasi tumis:

  • Beras (1 1/2 pot)
  • Bawang besar (1 biji) *
  • Bawang putih (1 biji) *
  • Halia
  • Planta (2 Sudu Besar)
  • Daun pandan (1helai)
  • Garam

Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis:

  • Ikan bilis (Goreng)
  • Bawang besar (2 biji ) *
  • Bawang putih (1biji ) *
  • Lada kering (1 mangkuk kecil) *
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Ajinamoto(sikit je)


Cara-cara buat nasi tumis:

  1. Guna minyak yg sedikit kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Angkat dengan minyak nye td ke dalam piring
  3. Pada masa yg sama basuh beras, kemudian isi air macam masak nasi biasa.
  4. Kemudian masukkan daun pandan, sedikit garam, marjerin, halia dan bahan tumisan td.
  5. Kacau hingga sebati. Kemudian tanak seperti biasa.


Cara-cara buat sambal tumis ikan bilis:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat.
  2. Blender bahan2 yg bertanda *. Kemudian tumis di atas api yg perlahan.
  3. Masukkan gula, garam, dan ajinamoto.
  4. Tumis sehingga cili garing dan naik minyak.
  5. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga sebati..
  6. Tumis dan tunggi hingga cili betul2 masak.
  7. kemudian angkat.


* Boleh buat telur dadar dan potong timun untuk makan dengan nasi tumis.

   (NurSyamsinarKhairol.blogspot.com)









No comments: