Selesai dah 2 research.. tapi research hari ni mmg sempoi lah.. layanan arkib negara perak dan unikl library mmg the best... and yg lg best nye librarian kat unikl library tu actually senior IM ..and for the first time in my life dapat tau process pasang strips kt buku mcm mne n tau location strips tu kat mne..mmg experience yg tak dpt dilupakan lah..
Thursday, 14 August 2014
Friday, 4 July 2014
Ramadhan ke-6
Hari ni memang terasa sedih sangat-sangat..Pertama kali berbuka puasa tanpa insan tersayang..pertama kali jugak
menitik air mata ketika menjamah makanan ketika berbuka..xpernah
menjangka akan kehilangan insan tersayang..20 hb ni genap setahun arwah
tokayah pergi meninggalkan kami sekeluarga...Semoga roh arwah tokayah
sentiasa berada bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa..
Saturday, 7 June 2014
Kari Ayam dan Terung
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa (santan)
1 paket kecik kari daging
5 Ulas bawang merah (hiris)
2 Ulas bawang putih (hiris)
1 Batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji kentang (potong 2)
Garam
Sedikit gula
Cara-cara:
1. Potong ayam kepada bahagian kecil. Bersihkan.
2.Bancuh serbuk kari bersama sedikit air sehingga menjadi paste.
3.Hiris bawang putih dan bawang merah .
4.Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan tumis bawang sehingga kekuningan.
5.Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi dan tumis sehingga naik minyak.
6.Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
7.Biarkan ayam tersebut sehingga sedikit masak.
8.Masukkan santan dan gaul rata. Masukkan kentang dan biarkan sehingga mendidih.
9.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
10.Tunggu sehingga masak.
Puding oreo milo
Bahan-bahan
- 1 bungkus agar2 serbuk (10gm atau 18gm)
- 750ml air
- 160g gula
- 1 tin susu cair (400ml)
- 3/4cawan milo
- satu bungkus oreo (135g) -
Cara-cara
- Masak agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
- Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
- Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
*Jangan tunggu lapisan membeku
sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
*Jika lapisan telah membeku,
guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
*Pastikan adunan masih panas
ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.
Monday, 26 May 2014
Terung goreng kunyit
Bahan-bahan:
2 biji terung (potong serong)
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang putih *
Sedikit ikan bilis
2 biji cili padi (diketuk)
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Potong terung secara serong. Rendamkan sebentar.
2. Hiris bahan yang bertanda * hingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan- bahan yang dihiris bersama ikan bilis dan cili padi hingga
kekuningan.
4. Masukkan sedikit garam, kunyit dan air. Kacau rata.
5. Setelah mendidih masukkan terung, kacau, dan biarkan sehingga masak.
Sotong masak serai dengan ikan patin goreng
Tengahari ni masak yang simpe-simple sahaja sotong masak serai dengan ikan patin goreng.
Sape-sape yang teringin boleh la makan screen kat lappy korg tu ye..hehe
Bahan-bahan Sotong Masak Serai:
1/2 kilo sotong (potong 2)
3 biji cili merah besar *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
1 batang serai (dititik)
1cm kunyit hidup *
1 biji tomato *
3 Biji cili padi (ketuk)
Cara-cara:
1. Cuci sotong sehingga bersih dan toskan airnya.
2. Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga lumat.
3. Panaskan minyak, masukkan serai dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan sotong dan cili padi. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Kacau rata.
5. Masak sehingga kuah agak kering dan sotong masak.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Nasi Goreng SimPLeeeee!
Ni pagi td punya cerita..dah tak tau nk buat srapan apa..so tengok nasi ade..ape lagi buat nasi goreng simple je la kan..kenyang pun kenyang..hehe
Bahan-bahan:
1 Mangkuk Nasi Sejuk
1/4 kubis (dihirs nipis)
6 batang kacang buncis (potong kecil)
2 batang cili besar merah *
2 biji cili padi *
Segenggam ikan bilis *
1 cm belacan *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji telur
Garam
Sedikit minyak
Cara-cara:
1. Hiris kubis dan kacang buncis. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga lumat. Disamping itu ketuk bawang putih.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan- bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan.
4. Masukkan kubis dan kacang yang telah dipotong. Gaul rata. Masak sehingga sedikit layu.
5. Pecahkan telur dan kacau sehingga telur hancur. Masak sehingga kekuningan.
6. Masukkan nasi dan gaul rata.
7. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya.
8. Masak sehingga nasi berbunyi meletup2 dan sedia untuk dihidangkan.
Sunday, 25 May 2014
Kacang Botol Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan:
1 pinggan kacang botol (potong serong)
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar *
1 ulas bawang putih *
2 biji cili padi (diketuk)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
1 cawan kecil air
Cara-cara:
1. Hiris bahan-bahan yang bertanda * .
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris dan diketuk hingga kekuningan dan agak garing.
3. Masukkan sos tiram,garam serta air. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan kacang dan tumis sehingga kering.
5. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
Friday, 23 May 2014
Ikan Cencaru Masak Sos
Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru sederhana besar ( potong 3 bahagian)
1 biji bawang besar (Hiris) *
2 biji bawang merah (hiris nipis) *
2 biji bawang putih (1 hiris 1 ketuk) *
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
Garam
5 biji cili padi (di ketuk) *
2 cawan air
Sedikit air perahan limau kasturi
Cara- cara:
1. Potong ikan kepada 3 bahagian. Lumurkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng
hingga separuh garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak.
3.Tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga kekuningan.
4. Masukkan 2 cawan air berserta sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan garam dan rasa.
6. Tambah apa yang perlu. Kemudian masukkan ikan dan perahkan sedikit jus limau
kasturi.
7. Kacau rata dan boleh diangkat.
Sambal telur rebus dan goreng
Bahan-bahan:
4 biji telur rebus
1 mangkuk cili kering *
3 biji bawang merah *
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 genggam ikan bilis *
Sedikit air asam jawa
Gula
Garam
Cara-cara:
1. Rebus telur kemudian buang kulitnya. Selepas itu goreng telur sehingga kekuningan.
2. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga lumat.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan * hingga garing.
4. Masukkan air asam, gula dan garam. Gaul rata.
5. Kacau dan masak sambal dengan menggunakan api yang perlahan.
6. Setelah sambal benar2 masak masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi.
7. Gaul rata dan angkat.
Ikan Selar Masak Kicap Simple
Bahan-bahan:
4 ekor ikan selar
3 biji bawang merah(hiris nipis) *
2 biji bawang putih (hiris nipis) *
1cm halia (hiris nipis) *
4 biji cili padi (diketuk)
1 biji bawang besar (potong bulat) *
2 biji tomato
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar minyak
1 1/2 Cawan air
Kicap manis
Sedikit garam
Cara- cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh garing.
2.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan-bahan yang bertanda *.
3.Tumis semua bahan sehingga kekuningan dan masukkan sedikit air, kicap, air asam jawa dan sedikit garam.
4.Rasa dan tambah apa yang patut. Setelah cukup rasa, masukkan ikan, cili padi dan bawang besar.
5.Kacau sehingga bawang layu dan masukkan tomato.
6.Kacau rata dan tunggu sehingga tomato agak lembut.
7.Angkat dan hidangkan.
Saturday, 17 May 2014
Wednesday, 14 May 2014
Gulai Masam Ubi Kayu
Bahan-bahan:
1 Tongkol besar ubi kayu (potong serong)
3 tangkai cili kering *
3 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
Senggenggam ikan bilis *
Sedikit belacan*
1 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 inci kunyit hidup *
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga lumat . .
2. Masukkan ubi ke dalam periuk yang berisi air. Bagi sesiapa yang rebus ubi tu dulu pon boleh,,tapi nina lebih suka masukkan terus rasanye pon lebih sedap.
3. Masukkan serai dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk tadi. Dan sisihkan di atas api sehingga menggelegak.
4. Setelah menggelegak barulah dimasukkan asam keping, garam dan sedikit gula untuk rasa yang seimbang. Masak dengan api yang perlahan supaya ubi empuk dengan cantik.
5. Setelah ubi empuk , angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Sunday, 11 May 2014
Ikan Keli Masak Sambal
Bahan-bahan:
4 ekor ikan keli
1 mangkuk cili kering *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 cm belacan *
1 cm halia *
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Air asam jawa
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan keli menggunakan limau kasturi dan garam untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Lumurkan ikan Keli dengan Kunyit dan Garam. Kemudian goreng sehingga separuh garing.
3. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.
4. Buangkan sedikit minyak. Dengan menggunakan minyak ikan goreng tadi, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik minyak dan betul2 garing.
5. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Gaul sebati.
6. Tumis cili sehingga benar-benar masak dan garing menggunakan api yang perlahan.
7. Rasa dan tambah apa yang perlu.
8. Setelah masak tuangkan diatas ikan keli yang telah digoreng tadi ataupun boleh dimasukkan ikan keli ke dalam kuali dan digaul rata.
9. Angkat dan hidangan sedia untuk dinikmati.
Saturday, 10 May 2014
Kari Ikan Resepi Turun Temurun
Bahan-bahan
4 ekor ikan sela (boleh guna ikan lain)
1 biji kelapa (santan)
1 paket rempah kari ikan babas(bancuh dengan sedikit air)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 cm halia (hiris nipis)
1 sudu besar halba campuran
Daun Kari
Kacang Bendi
Sedikit air asam jawa
2 Biji tomato (belah 2)
1 mangkuk kecil minyak
Cara-cara
1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia secara halus.
2. Bancuh rempah kari ikandengan sedikit air. Ketepikan.
3. Panaskan 1 mangkuk kecil minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama halba sehingga kekuningan dan seakan-akan melekat antara satu sama lain.
4. Kemudian masukkan rempah kari dan tumis sehingga betul2 masak dan naik minyak.
Rempah adalah bahan yang penting.. Kalau rempah tak cukup tumis kari atau gulai tak akan berasa sedap.
5. Masukkan daun kari, air asam jawa, serta garam secukupnya dan gaul sebati.
6. Setelah rempah betul2 garing dan naik minyak , masukkan santan dan kacau rata.
7. Biarkan gulai mendidih, dan masukkan kacang bendi dan juga ikan.
8. Setelah hampir masak, masukkan tomato dan masak sehingga tomato agak layu.
9. Tambahkan apa yang yang tidak cukup. Kemudian angkat.
10.Hidangan sedia untuk dinikmati.
Thursday, 8 May 2014
Ikan Talang Masin Masak Sambal
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah*
1 mangkuk kecil cili kering *
1 biji bawang besar (potong bulat)
50 gram ikan talang masin (digoreng)
1 sudu besar gula
Air asam jawa
Garam secukupnya
Cara-cara:
1. Rendam ikan masin sebentar. Toskan. Goreng dengan api sederhana.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga lumat.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan bertanda * hingga naik minyak.
5. Masukkan gula, garam dan air asam secukup rasa.
6. Kacau rata dan biarkan cili betul2 garing berwarna merah pekat.
7. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Masak sehingga agak layu.
8. Masukkan ikan kering dan gaul rata.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.
5 ulas bawang merah*
1 mangkuk kecil cili kering *
1 biji bawang besar (potong bulat)
50 gram ikan talang masin (digoreng)
1 sudu besar gula
Air asam jawa
Garam secukupnya
Cara-cara:
1. Rendam ikan masin sebentar. Toskan. Goreng dengan api sederhana.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga lumat.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan bertanda * hingga naik minyak.
5. Masukkan gula, garam dan air asam secukup rasa.
6. Kacau rata dan biarkan cili betul2 garing berwarna merah pekat.
7. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Masak sehingga agak layu.
8. Masukkan ikan kering dan gaul rata.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.
Gulai Lemak Ikan Talang Masin dengan Nenas
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji kelapa (santan)
7 ulas cili padi (kalau suka pedas lebihkan) (tumbuk)
6 Biji bawang merah (tumbuk)
1 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 batang serai (dititik)
1/2 biji nenas (potong serong)
100 gram ikan talang masin (siap potong)
Cara-cara:
1. Rendam ikan masin selama 1/2 jam untuk menghilangkan sedikit rasa masin ikan
2. Tumbuk bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
3. Pada masa yang sama celur nenas yang telah dipotong tadi untuk mengurangkan
kemasaman dan mengurangkan air didalam nenas tersebut. Ni hanya option kalau tak
nak celur dulu pun xpe.
4. Setelah celur angkat dan toskan. Ketepikan.
5. Masukkan santan , bahan- bahan yang telah ditumbuk dan juga serai ke dalam periuk.
6. Didihkan di atas api.
7. Kacau sentiasa agar lemak santan tidak pecah.
8. Masukkan ikan kering dan juga nenas. Kacau sebati.
9. Perasakan dengan garam. Kacau hingga masak.
Taaadaaa.. dah siap..senang kan.. Untuk pengetahuan semua cili padi yang digunakan hendaklah ganjil bilangan nya..untuk mengelakkan rasa pedas yang keterlaluan. Ini ialah petua orang-orang tua.
Tuesday, 29 April 2014
Sambal udang dan petai
Assalammualaikum..hari ni mak ajak keluar pergi cari baju raya dekat bandar tanjung malim..Mak kate lambt2 susah nnti..so ikutkan jela..hehe.. Mak kate hari ni die nak makan sambal udang campur petai. So after balik dari Tg Malim tadi terus singgah pasar basah beli bahan2 nk buat sambal udang dan petai. Jom layan resepi sambal udang dan petai yg ringkas dan sedap ni..hehe..
Bahan- bahan:
1 ikat petai ( Ambil isinya)
15 ekor udang sederhana besar
1 Mangkuk kecil cili kering *
3 biji bawang kecil *
1 biji bawang putih *
1 biji bawang besar (potong bulat)
Air asam jawa + sedikit belacan
1/2 cawan air
Garam
1 sudu kecil gula
Cara-cara:
1. Bersihkan udang dan ambil isi petai. Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda * hingga lumat.
3. Bancuh air asam jawa bersama sedikit belacan. Ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga naik minyak.
5. Setelah naik minyak, masukkan isi petai yang telah dibersihkan. Kacau sebati.
6. Setelah itu masukkan air asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit belacan tadi. Masukkan pula garam dan gula. Kacau rata sehingga sebati.
7. Setelah dikacau beberapa ketika, masukkan pula udang yang telah dibersihkan.
8. Kacau sehingga udang kecut dan kekuningan. Biarkan seketika sehingga agak kering.
9. Kemudian tambahkan sedikit air dan bawang besar. Kacau sebati dan biarkan sehingga ia naik minyak semula. Rasa dan tambah apa yang perlu.
10. Setelah masak boleh lah diangkat dan dinikmati.
Sunday, 27 April 2014
Gulai tempoyak ikan keli
2 ekor ikan keli ( ptg 3)
1 batang serai (dititik)
5 Biji cili padi *
1 Biji cili besar (Cili hijau) tapi nina guna cili besar merah *
3 sudu penuh tempoyak manis
3 asam keping
4 gelas air
Garam
Ajinamoto
3 Biji Bawang merah( nina xguna)*
1 ulas Bawang putih (nina xguna)*
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan 4 gelas air, tempoyak, asam keping dan serai. Didihkan di atas api.
3. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan perasakan.
5. Jika menggunakan tempoyak yang masam perlu ditambah gula sedikit dan tidak memerlukan asam keping.
6. Tunggu hingga ikan masak. Angkat dan hidangkan.
*TIPS
Kalau tempoyak manis perlu menambahkan asam keping tetapi kalau tempoyak masam tidak perlu gunakan asam keping dan perlu ditambah sedikit gula.
Friday, 25 April 2014
Donut Gebu
Okay seperti yang dijanjikan beberapa hari yang lepas, hari ni nina akan update n share resepi donut gebu yang nina dah buat. Jom tengok..
Bahan- bahan:
4 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku (jgn terlalu panas nanti adunan tak mengembang dengan cantik)
6 sudu besar gula (boleh kurangkan)
3 Sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar mentega
1 paket yis jenama mauripan (11 gram)
1 biji telur
Cara-cara:
1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Kemudian satukan susu dan gula didalam air suam dan kacau sehingga larut.
3. Masukkan yis.. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit. Proses ni untuk mengembangkan yis td.
4. Pukul telur dan campurkan dengan mentega tadi.
5. Selepas 10 minit, yis akan berbuih dan masukkan mentega yang dicampur telur td.
6. Masukkan semua campuran tadi kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
7. Kacau sehingga adunan sebati. Kemudian ulikan campuran tadi sehingga menjadi doh.
8. Ambil sedikit doh, bulatkan dan buat bentuk donut.
9. Buat bulatan ditengah2. Buat sehingga habis.
10. Letakkan doh yang telah dibentuk tadi ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Ini untuk mengelakkan doh melekat di atas dulang.
11. Biarkan beberapa minit sehingga doh naik dengan cantik.
12. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api yang sederhana kecil.
13. Akhir sekali angkat dan taburkan dengan gula icing.
* Jika tiada gula icing boleh gunakan gula pasir yang diblender halus.
*Boleh juga menggunakan teknik sira. Tapi lebih sedap taburkan gula ..huhu
Inilah hasilnya.... tadaaaaa... :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)