Pages

Monday, 26 May 2014

Terung goreng kunyit


Bahan-bahan:

2 biji terung (potong serong)
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang putih *
Sedikit ikan bilis
2 biji cili padi (diketuk)
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Potong terung secara serong. Rendamkan sebentar.
2. Hiris bahan yang bertanda * hingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan- bahan yang dihiris bersama ikan bilis dan cili padi hingga
    kekuningan.
4. Masukkan sedikit garam, kunyit dan air. Kacau rata.
5. Setelah mendidih masukkan terung, kacau, dan biarkan sehingga masak.

Sotong masak serai dengan ikan patin goreng



Tengahari ni masak yang simpe-simple sahaja sotong masak serai dengan ikan patin goreng.
Sape-sape yang teringin boleh la makan screen kat lappy korg tu ye..hehe

























































Bahan-bahan Sotong Masak Serai:

1/2 kilo sotong (potong 2)
3 biji cili merah besar *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
1 batang serai (dititik)
1cm kunyit hidup *
1 biji tomato *
3 Biji cili padi (ketuk)


Cara-cara:

1. Cuci sotong sehingga bersih dan toskan airnya.
2. Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga lumat.
3. Panaskan minyak, masukkan serai dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan sotong dan cili padi. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Kacau rata.
5. Masak sehingga kuah agak kering dan sotong masak.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Nasi Goreng SimPLeeeee!


Ni pagi td punya cerita..dah tak tau nk buat srapan apa..so tengok nasi ade..ape lagi buat nasi goreng simple je la kan..kenyang pun kenyang..hehe



Bahan-bahan:

 1 Mangkuk Nasi Sejuk
1/4 kubis (dihirs nipis)
6 batang kacang buncis (potong kecil)
2 batang cili besar merah *
2 biji cili padi *
Segenggam ikan bilis *
1 cm belacan *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji telur 
Garam
Sedikit minyak


Cara-cara:


1. Hiris kubis dan kacang buncis. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga lumat. Disamping itu ketuk bawang putih.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan- bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan.
4. Masukkan kubis dan kacang yang telah dipotong. Gaul rata. Masak sehingga sedikit layu.
5. Pecahkan telur dan kacau sehingga telur hancur. Masak sehingga kekuningan.
6. Masukkan nasi dan gaul rata. 
7. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya.
8. Masak sehingga nasi berbunyi meletup2 dan sedia untuk dihidangkan.









Sunday, 25 May 2014

Kacang Botol Goreng Sos Tiram



Bahan-bahan:

1 pinggan kacang botol (potong serong)
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar *
1 ulas bawang putih *
2 biji cili padi (diketuk)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
1 cawan kecil air

Cara-cara:

1. Hiris bahan-bahan yang bertanda * .
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris dan diketuk hingga kekuningan dan agak garing.
3. Masukkan sos tiram,garam serta air. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan kacang dan tumis sehingga kering.
5. Setelah masak, angkat dan hidangkan.



Friday, 23 May 2014

Ikan Cencaru Masak Sos


Bahan-bahan:

2 ekor ikan cencaru sederhana besar ( potong 3 bahagian)
1 biji bawang besar (Hiris) *
2 biji bawang merah (hiris nipis) *
2 biji bawang putih (1 hiris 1 ketuk) *
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
Garam
5 biji cili padi (di ketuk) *
2 cawan air
Sedikit air perahan limau kasturi

Cara- cara:

1. Potong ikan kepada 3 bahagian. Lumurkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng
    hingga separuh garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak.
3.Tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga kekuningan.
4. Masukkan 2 cawan air berserta sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan garam dan rasa.
6. Tambah apa yang perlu. Kemudian masukkan ikan dan perahkan sedikit jus limau
    kasturi.
7. Kacau rata dan boleh diangkat.

Sambal telur rebus dan goreng


Bahan-bahan:

4 biji telur rebus
1 mangkuk cili kering *
3 biji bawang merah *
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 genggam ikan bilis *
Sedikit air asam jawa
Gula
Garam

Cara-cara:

1.  Rebus telur kemudian buang kulitnya. Selepas itu goreng telur sehingga kekuningan.
2. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga lumat.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan * hingga garing.
4. Masukkan air asam, gula dan garam. Gaul rata.
5. Kacau dan masak sambal dengan menggunakan api yang perlahan.
6. Setelah sambal benar2 masak masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi.
7. Gaul rata dan angkat.

Ikan Selar Masak Kicap Simple


Bahan-bahan:

4 ekor ikan selar
3 biji bawang merah(hiris nipis) *
2 biji bawang putih (hiris nipis) *
1cm halia (hiris nipis) *
4 biji cili padi (diketuk)
1 biji bawang besar (potong bulat) *
2 biji tomato
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar minyak
1 1/2 Cawan air
Kicap manis
Sedikit garam


Cara- cara:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh garing.
2.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan-bahan yang bertanda *.
3.Tumis semua bahan sehingga kekuningan dan masukkan sedikit air, kicap, air asam jawa dan sedikit garam.
4.Rasa dan tambah apa yang patut. Setelah cukup rasa, masukkan ikan, cili padi dan bawang besar.
5.Kacau sehingga bawang layu dan masukkan tomato.
6.Kacau rata dan tunggu sehingga tomato agak lembut.
7.Angkat dan hidangkan.

Wednesday, 14 May 2014

Gulai Masam Ubi Kayu

Hari ni tekak teringin nak makan gulai masam..so ape lagi..bergulai masam la kite hari ni..tapi special nye hari ni bukan gulai masam keladi atau gulai masam ikan tapi gulai masam ubi kayu..memang sedap.. Cara nak masak nye pon same je macam nak buat gulai masam keladi. Ni memang resepi turun temurun dari nenek nina,,ok jom layan.


Bahan-bahan:

1 Tongkol besar ubi kayu (potong serong)
3 tangkai cili kering *
3 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
Senggenggam ikan bilis *
Sedikit belacan*
1 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 inci kunyit hidup *


Cara-cara:

1. Tumbuk  bahan-bahan bertanda * hingga lumat . .
2. Masukkan ubi ke dalam periuk yang berisi air. Bagi sesiapa yang rebus ubi tu dulu pon boleh,,tapi nina lebih suka masukkan terus rasanye pon lebih sedap.



3. Masukkan serai dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk tadi. Dan sisihkan di atas api sehingga menggelegak.



4. Setelah menggelegak barulah dimasukkan asam keping, garam dan sedikit gula untuk rasa yang seimbang. Masak dengan api yang perlahan supaya ubi empuk dengan cantik.

5. Setelah ubi empuk , angkat dan hidangkan dengan nasi panas.




Sunday, 11 May 2014

Ikan Keli Masak Sambal



Bahan-bahan:

4 ekor ikan keli
1 mangkuk cili kering *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 cm belacan *
1 cm halia *
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Air asam jawa

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan keli menggunakan limau kasturi dan garam untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Lumurkan ikan Keli dengan Kunyit dan Garam. Kemudian goreng sehingga separuh garing.
3. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.
4. Buangkan sedikit minyak. Dengan menggunakan minyak ikan goreng tadi, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik minyak dan betul2 garing.
5. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Gaul sebati.
6. Tumis cili sehingga benar-benar masak dan garing menggunakan api yang perlahan.
7. Rasa dan tambah apa yang perlu.
8. Setelah masak tuangkan diatas ikan keli yang telah digoreng tadi ataupun boleh dimasukkan ikan keli ke dalam kuali dan digaul rata.
9. Angkat dan hidangan sedia untuk dinikmati.

Saturday, 10 May 2014

Kari Ikan Resepi Turun Temurun


Bahan-bahan

4 ekor ikan sela (boleh guna ikan lain)
1 biji kelapa (santan)
1 paket rempah kari ikan babas(bancuh dengan sedikit air)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 cm halia (hiris nipis)
1 sudu besar halba campuran
Daun Kari
Kacang Bendi
Sedikit air asam jawa
2 Biji tomato (belah 2)
1 mangkuk kecil minyak


Cara-cara

1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia secara halus.
2. Bancuh rempah kari ikandengan sedikit air. Ketepikan.
3. Panaskan 1 mangkuk kecil minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama halba sehingga kekuningan dan seakan-akan melekat antara satu sama lain.
4. Kemudian masukkan rempah kari dan tumis sehingga betul2 masak dan naik minyak.

Rempah adalah bahan yang penting.. Kalau rempah tak cukup tumis kari atau gulai tak akan berasa sedap.

5. Masukkan daun kari, air asam jawa, serta garam secukupnya dan gaul sebati.
6. Setelah rempah betul2 garing dan naik minyak , masukkan santan dan kacau rata.
7. Biarkan gulai mendidih, dan masukkan kacang bendi dan juga ikan.
8. Setelah hampir masak, masukkan tomato dan masak sehingga tomato agak layu.
9. Tambahkan apa yang yang tidak cukup. Kemudian angkat.
10.Hidangan sedia untuk dinikmati.

Thursday, 8 May 2014

Ikan Talang Masin Masak Sambal

Bahan-bahan:

5 ulas bawang merah*
1 mangkuk kecil cili kering *
1 biji bawang besar (potong bulat)
50 gram ikan talang masin (digoreng)
1 sudu besar gula
Air asam jawa
Garam secukupnya


Cara-cara:

1. Rendam ikan masin sebentar. Toskan. Goreng dengan api sederhana.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga lumat.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan bertanda * hingga naik minyak.
5. Masukkan gula, garam dan air asam secukup rasa.
6. Kacau rata dan biarkan cili betul2 garing berwarna merah pekat.
7. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Masak sehingga agak layu.
8. Masukkan ikan kering dan gaul rata.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.

Gulai Lemak Ikan Talang Masin dengan Nenas


Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji kelapa (santan)
7 ulas cili padi (kalau suka pedas lebihkan) (tumbuk)
6 Biji bawang merah (tumbuk)
1 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 batang serai (dititik)
1/2 biji nenas (potong serong)
100 gram ikan talang masin (siap potong)



 Cara-cara:

 1. Rendam ikan masin selama 1/2 jam untuk menghilangkan sedikit rasa masin ikan
 2. Tumbuk bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
 3. Pada masa yang sama celur nenas yang telah dipotong tadi untuk mengurangkan
     kemasaman dan mengurangkan air didalam nenas tersebut. Ni hanya option kalau tak
     nak celur dulu pun xpe.


 4. Setelah celur angkat dan toskan. Ketepikan.
 5. Masukkan santan , bahan- bahan yang telah ditumbuk dan juga serai ke dalam periuk.
 6. Didihkan di atas api.
 7. Kacau sentiasa agar lemak santan tidak pecah.
 8. Masukkan ikan kering dan juga nenas. Kacau sebati.


 9. Perasakan dengan garam. Kacau hingga masak.

Taaadaaa.. dah siap..senang kan.. Untuk pengetahuan semua cili padi yang digunakan hendaklah ganjil bilangan nya..untuk mengelakkan rasa pedas yang keterlaluan. Ini ialah petua orang-orang tua.