Pages

Thursday, 24 October 2013

ASAM PEDAS AYAM



Malam ni tak tau nak masak ape dah.. Tengok dalam peti ade ayam..so ape lagi buat asam pedas ayam.. Bahan-bahan nak buat asam pedas ada dalam peti memang cantik la kan..hehe..Asam pedas memang lauk favorite keluarga saya. Masak punya masak inilah hasilnya..Minyak memang banyak sebab ayam keluarkan minyak so kalau bnyak sangat boleh la buangkan minyak tu sikit lepas masak.



Bahan- bahan:

1/2 ekor ayam
10 tangkai cili kering *
1 Ulas Bawang putih *
3 Biji Bawang merah *
1cm kunyit hidup *
Sedikit halia *
1 sudu kecil jintan manis *
1 sudu kecil jintan putih *
1 batang serai (dititik)
1 Biji tomato (belah 2)
1 keping asam gelugur @ air asam jawa
1 mangkuk kecil daun kesum
2 Gelas air
2 helai Daun limau purut (kalau ada)
Garam secukupnya


Cara-cara:

1. Potong ayam kepada bahagian kecil. Bersihkan.
2. Kisar bahan yang bertanda *. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
4. Masukkan serai yang telah dititik dan perasakan dengan garam. Masukkan ayam.Kacau sebati. Biarkan sebentar.
5. Masukkan air, asam keping dan 2 helai daun limau purut. Biarkan sehingga mendidih dan kuah agak pekat.
6. Masukkan daun kesum. Biar kan sehingga sedikit layu.
7. Rasa dan tambahkan ape yang patut.
8. Tutup api dan angkat.

*Bagi yang ingin tambah belacan pun boleh..Saya tak guna belacan pon..


Wednesday, 16 October 2013

Nasi ayam percik


selalu makan nasi ayam percik ni time pergi Central Square dekat sungai petani. Kat kedai ni hanya jual nasi ayam je..macam-macam jenis nasi ayam ade dkat kedai tuh.. Just pilih n order je..Harga jangan cakap la only RM4.50..Sedap, banyak n berbaloi...

Durian Crepe


 Nak beli ni senang je dekat U..just call then ade delivery..huhu..nnti nak try buat sendiri jer

Ni la makanan favourite time dekat U..huhu

Chocolate Indulgence


Kek ni my love belanja time my birthday.. So sweet.. Thanks bie.. I love u so much..

Agar-agar oreo milo




 




Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gm atau 18gm)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
Cara-cara
  • Masak agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

*Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
*Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
*Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Bihun Goreng


Bihun goreng

Begedil Kentang



Sebelum  digoreng






Selepas digoreng..best makan panas2 dengan blackpepper sauce

Nasi ayam


Sup ayam , sambal kicap & sayur


Simple but nice <3

Tomyam Campur


Nampak je macam cair..tapi rasa die pekat woooo... huhu..

Asam pedas tempoyak ikan patin


Kacang Panjang Goreng Kicap


Asam Pedas Rebus ikan temengkalan


Lauk kegemaran arwah tok yah.. Bile mengenang balik masa arwah ade, suka sangat die kalau nina masak lauk asam pedas rebus ikan temengkalan ni.


Bahan- bahan:

1 ekor ikan temengkalan sederhana besar (ikan sungai)
5 tangkai cili kering *
Sedikit halia *
Belacan *
2 ulas bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
1 biji tomato (Belah 2)
2 asam keping
1 Bunga kantan
1 Batang serai (dititik)


Cara- cara:

1. Bersihkan ikan dan potong 2 bahagian. Masukkan ke dalam periuk.
2. Tumbuk bahan- bahan yang bertanda * dan masukkan ke dalam periuk berisi ikan tadi.
3. Masukkan juga serai, asam keping dan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan 3 cawan air dan didihkan di atas dapur.
5. Tunggu sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
6. Kacau sebati dan biarkan sehingga ikan masak. Jangan terlalu lama kalau tak nanti ikan terlebih masak dan hancur.
7. Beberapa minit sebelum ikan masak, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.
8. Angkat dan hidangkan.

Masak Lemak Ayam


Masak lemak ayam yang umphhhh... Terbaik.. My favourite !

Masak Lemak Ketam


Masak Lemak Ketam kegemaran kami sekeluarga.. huhu..Memang terbaik..

Asam Pedas tumis

Asam pedas ni adalah resipi dari mak saya..Memang best..Memang asam pedas original..

Tuesday, 15 October 2013

This is my Cousin.. We are mix families..






She is my cousin..very pretty right.. We are mix families..You can call her fana,, Chinese look right..haha..












Selamat Hari Raya Aidiladha 2013




Ni semalam punya cerita.. Photoshoot for raya dekat Taman Salak Idaman Sepang..Actually time ni gi rumah atok sedara..and kebetulan pulak nmpak scene die menarik then cousin terus ajak buat photoshoot...so ape lagi on jela.. kite ni memang suke bergambar..haha..Seriously best..






 Bile tengok gambar yg ni rasa nak gelak pon ade...sejak bile pandai mengedik ni..haha..








Cantik ta kasut kami berdua.. Me with my cousin..













Eh..eh.. angin ni tiup2 kain kite pulak dah..haha..jenuh nk betulkan bg elok.. angin sepoi2 bahasa la katekan,,HAHA.. <3